CARLOS Alcaraz meraih satu lagi kemenangan ke atas Stefanos Tsitsipas untuk kembali merangkul gelaran Terbuka Barcelona, tengah malam tadi.
Alcaraz tidak pernah tewas kepada Tsitsipas dan mengekalkan rekod itu untuk mempertahankan gelarannya di Catalonia.
Pertarungan di antara pilihan utama itu berlangsung sengit, tetapi Alcaraz lebih unggul menguasai gelanggang menerusi kemenangan 6-3, 6-4 yang berakhir dalam masa 1 jam dan 20 minit.
Ia mencipta permulaan yang positf menjelang sebulan musim tanah liat di Eropah sempena Terbuka Perancis, manakala Tsitsipas masih buntu dalam percubaannya buat kali ke-10 dalam final ATP 500.
Tsitsipas terlebih dahulu mematahkan servis lawannya untuk mendahului 2-1 pada awal aksi, namun gagal mengulanginya lagi dalam baki perlawanan.
Alcaraz segera mendominasi dua servisnya yang seterusnya, sekali gus memberikan tekanan kepada Tsitsipas untuk melakukan servis dan langkah itu membuahkan hasil untuk Alcaraz menawan set awal.
Walaupun berdepan rintangan awal dalam set kedua, namun Alcaraz mempamerkan rentak terbaiknya ketika mematahkan servis lawan dalam percubaan keduanya, sekali gus mendahului 3-2 yang membuatkan Tsitsipas terus bergelut hingga akhir pertarungan. - Stadium Astro
Astro Arena
Mon Apr 24 2023
Alcaraz meraih satu lagi kemenangan ke atas Stefanos Tsitsipas untuk kembali merangkul gelaran Terbuka Barcelona. - Foto AP
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Tenis Final ATP: Medvedev ke separuh akhir, Alcaraz catat kemenangan sulung
Daniil Medvedev muncul individu pertama melayakkan diri ke separuh akhir Final ATP di Turin dengan menewaskan Alexander Zverev.
Tenis Terbuka AS: Daniil Medvedev kejutkan Carlos Alcaraz untuk ke final
Daniil Medvedev mencipta kejutan dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat apabila menumbangkan juara bertahan Carlos Alcaraz.
Djokovic berdepan Alcaraz dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Wimbledon
Novak Djokovic menewaskan Jannik Sinner pada Jumaat dalam straight set untuk layak ke final Wimbledon kali kesembilan.
Kejohanan Tenis Wimbledon: Carlos Alcaraz sedia lunas dendam ke atas Novak Djokovic
Carlos Alcaraz tidak sabar untuk melunaskan dendamnya ke atas Novak Djokovic dalam Kejohanan Tenis Wimbledon.
Djokovic kembali nombor 1, Nadal terkeluar kelompok 100 teratas
Djokovic, 36, melonjak dua anak tangga dalam kedudukan selepas kemenangan di Paris pada hujung minggu lalu.
Terbuka Perancis: Gemuruh punca Carlos Alcaraz ditundukkan Novak Djokovic
Carlos Alcaraz mengakui masalah ketegangan yang dialaminya menjadi batu penghalangannya untuk melepasi rintangan Novak Djokovic.
Tenis Terbuka Barcelona: Carlos Alcaraz beri amaran awal tawan gelanggang tanah liat
Alcaraz meraih satu lagi kemenangan ke atas Stefanos Tsitsipas untuk kembali merangkul gelaran Terbuka Barcelona.
Tenis: Kecederaan ranapkan impian Carlos Alcaraz untuk terus beraksi musim ini
Berikutan kecederaan itu Alcaraz terpaksa menarik diri daripada Pusingan Akhir ATP dan Pusingan Akhir Piala Davis.
Tenis Terbuka AS: Alcaraz teruskan perebutan gelaran, ranking nombor satu dunia dengan Ruud
Carlos Alcaraz akan mencongak perhitungan dengan Casper Ruud bagi perebutan gelaran Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Terbuka Hamburg: Musetti menang gelaran ATP pertama selepas atasi Alcaraz
Empat 'unforced error' yang dilakukan Alcaraz membantu Musetti memperoleh mata break seawal game pertama.